SJK(C) PAY MIN


Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pay Min atau dikenali dengan nama ringkasnya iaitu SJK(C) Pay Min, merupakan sebuah sekolah yang terletak di Kampong Batu Gajah Pasir, Merlimau Melaka.

SJK(C) Pay Min ditubuhkan pada 15 Oktober 1938.

Monday 23 February 2015

Sambutan "Chinese New Year" 2015

Kami warga Sjkc Pay Min mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina bagi tahun 2015 ini yang jatuh pada tarikh 19 Februari. Semoga perayaan pada tahun ini lebih bermakna buat kami. Sekian sahaja, terima kasih.


Thursday 5 February 2015

Kejohanan Ping Pong MSSM Melaka Kawasan Merlimau

Kami warga Sjkc Pay Min telah dipilih sebagai pengelola untuk "Kejohanan Ping Pong MSSM Melaka Kawasan Merlimau" yang telah berlansung di dewan Sjkc Chung Hwa. Kejohanan sukan peringkat kawasan ini telah dijalankan pada hari Rabu dan Khamis bersamaan 4 Februari dan 5 Februari tahun 2015 ini. Pertandingan kejohanan ini telah mendapat sambutan yang begitu baik oleh guru-guru dan murid-murid sekolah. Sebagai tanda penghargaan, kami warga Sjkc Pay Min mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar Sjkc Chung Hwa, Wong Lee Kuan atas kebenaran peminjaman dewan dan kepada pihak yang terlibat bagi menjayakan program ini berjalan dengan baik serta tahniah juga diucapkan kepada para pemenang... Terima Kasih :)

Guru Besar Sjkc Pay Min sedang memberikan ucapan.
Sesi Fotografi para pemenang.