SJK(C) PAY MIN


Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pay Min atau dikenali dengan nama ringkasnya iaitu SJK(C) Pay Min, merupakan sebuah sekolah yang terletak di Kampong Batu Gajah Pasir, Merlimau Melaka.

SJK(C) Pay Min ditubuhkan pada 15 Oktober 1938.

Guru Besar

Tugas dan Tanggungjawab Guru Besar:

Pengurusan Kurikulum Dan Ko Kurikulum

· Mengagihkan tugas-tugas akademik dan bukan akademik kepada staf.
· Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum atau Panitia Mata Pelajaran
· Merancang Jadual Waktu.
· Menyediakan takwim akademik sekolah
· Menyelia pengajaran dan pembelajaran (P & P)
· Menyemak buku rancangan pelajaran
· Menyediakan panduan dan perincian tugas-tugas kepada staf
· Merancang program sokongan akademik
· Merancang pelbagai kegiatan berkaitan dengan kurikulum
· Menyenaraiutamakan pelbagai kegiatan berkaitan dengan kokurikulum
· Menetapkan sasaran akademik untuk tahun semasa.

Pengurusan Kewangan, Kemudahan dan Sumber

· Mengenalpasti keperluan-keperluan sekolah.
· Memastikan stok sentiasa kemaskini
· Mengoptimumkan penggunaan segala kemudahan yang ada
· Memastikan kemudahan dan kelengkapan diselenggarakan dengan Baik

Pengurusan Tenaga Pengajar Dan Kakitangan

· Mengubal Carta Organisasi Sekolah
· Menetapkan tugas-tugas staf
· Mewujudkan budaya dan etika kerja yang cemerlang
· Menyelia kemajuan dan prestasi staf
· Merancang dan melaksanakan program pembangunan staf

Pengurusan Kebajikan Pelajar

· Menyediakan kemudahan asas akademik dan bukan akademik
· Menjaga keselamatan dan kesihatan pelajar
· Mewujudkan perkhidmatan bimbingan dan kauseling
· Menggunkan pelbagai bentuk bantuan kepada pelajar
· Meningkatkan disiplin dan sahsiah pelajar

Pengurusan Perhubungan Dalaman Dan Luaran

· Mewujudkan hubungan harmonis di antara pihak sekolah dengan masyarakat umum
· Menubuh dan mempergiatkan aktiviti-aktiviti Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG)
· Menjalinkan perhubungan yang bermakna di antara sekolah dengan
· pelbagai institusi Kementerian Pendidikan atau agensi-agensi luar